DAUN MENGKUANG YANG SUDAH DIWARNAKAN







                                                    SERBUK DAUN MENGKUANG





WARNA-WARNA  MENGKUANG DAN TIKAR MENGKUANG YANG SUDAH DIWARNAKAN...






Cara-cara melurutkan daun mengkuang



Pandan dan Mengkuang




Pengenalan:Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah



Tikar Mengkuang dihasilkan dengan menggunanakan tumbuhan semulajadi seperti daun
Pandan dan mengkuang yang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan 

Tikar Mengkuang Tiga Segi

Tikar Mengkuang Tiga Segi
contoh sahaja jgn tiru

Bagi masyarakat kampung, barangan kraf begitu dekat dengan mereka umpamanya tempayan diletakkan di tepi tangga untuk mengisi air bagi membasuh kaki sebelum melangkah naik ke dalam rumah yang sudah tersedia dengan hamparan tikar mengkuang.

Sekarang ini amat jarang untuk melihat tempayan diletakkan di tepi tangga jika adapun sebagai perhiasan manakala tikar mengkuang sudah berganti dengan tikar plastik atau permaidani, yang pelbagai corak dan warna.

Tambahan pula tidak ramai lagi yang mahir untuk membuat tikar mengkuang atau bakul mengkuang sebaliknya adalah lebih mudah membeli barangan itu yang diperbuat daripada plastik di kedai runcit.

Tikar Mengkuang Bersahaja




Tikar Mengkuang Bersahaja

Tambahan pula ramai tidak lagi mahir untuk membuat tikar mengkuang atau bakul mengkuang. Sebaliknya adalah lebih mudah dengan membeli barangan tersebut  yang diperbuat daripada bahan plastik di kedai-kedai runcit. Disebabkan jarang melihat atau menggunakannya, ramai terutama generasi muda yang terpegun apabila melihat produk kraf diperagakan di sesuatu pameran kerana kehalusan seni pembuatannya.Sama ada diperbuat daripada daun mengkuang, daun pandan, rotan, buluh dan tanah liat, produk kraf ini mencuit pandangan dan diakui pembuatnya seorang yang tekun dan kreatif.

tikar mengkuan corak abac